ORANG yang Dicintai ALLAH s.w.t

|
Assalamualikum w.b.t...

Cepat Sungguh masa berlalu..sedar x sedar kita sudah memasuki fasa terakhir bulan Ramadhan, yakni 10 terakhir Ramadhan...Rasa sayu dan sedih bila mengenangkan  Ramadhan akan meninggalkan kita...Bagaimanakah dengan amalan kita...Tepuk dada tanya Iman..Moga Allah panjangkan umur kita semua dan berkesempatan untuk bertemu Ramadhan yg akan datang..Di bulan yang mulia ini dan dikesmpatan ruang masa yang dianugerahkan Allah, saya ingin berkonsi ilmu yang sy perolehi daripada bacaan sebuah majalah...Moga kita sama2 beroleh manfaat daripadanya....Di ruangan ini, sya ingin berkongsi  tentang "Siapakah ORANG yang ALLAH Cintai"..

Antara Orang yang Allah cintai ialah : 

  • Orang Yang Bertakwa -Allah berfirman yang bermaksud "Sesungguhnya ALLAH s.w.t menyukai orang yang bertaqwa" (Surah Al-Tawbah 9 : 4)
  • Orang yang cepat-cepat bertaubat - Allah Berfirman yang bermaksud "Sesungguhnya Allah mneyukai orag yang bertaubat dan menyukai orang yang menyucikan diri" (Surah al-Baqarah 2:222)
  • Orang yang Adil - Firman Allah yang bermaksud "Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berlaku adil".(Surah al-Mumtahanah 60:8)
  • Orang yang Bertawakal - Allah berfirman yang bermaksud "Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah.Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertawakal kepada-Nya".(Surah Ali 'Imran 3:159)
  • Orang yang berbuat kebaikan - Allah berfirman yang bermaksud "Dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai orang yang berbuat baik".(Surah al-Baqarah 2:195)
  • Orang berjuang pada jalan ALLAH - Allah berfirman yang bermaksud "Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang pada jalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh". (Surah al-Saff 61:4)..
Semoga kita tergolong dikalangan hamba yang dicintai oleh Allah s.w.t..
Sumber : Majalah Solusi Isu 23: Sejauh Mana Cinta Kita Kepada-NYA?, Ruangan MaqasidSyarie



0 comments:

Post a Comment