Saturday, August 7, 2010

TIP AGAR TERJAGA DARIPADA GODAAN SYAITAN


Setelah sekian lama tidak berkesempatan mengemaskini blog berikutan kekangan masa,di kesempatan masa yang ada  pada malam ini sya ingin berkongsi ilmu yang diperolehi hasil bacaan saya dari 'Majalah Solusi isu 21' ruangan Maqasid Syarie iaitu "Tip agar Terjaga daripada Godaaan Syaitan"..Syaitan akan sentiasa menggoda manusia supaya melakukan perkara2 yang dilarang oleh Allah s.w.t..Oleh itu, untuk menjaga diri kita daripada digoda oleh syaitan, sama2lah kita mendekatkan diri kepada Allah s.w.t..InsyaAllah, moga kita sama2 beroleh manfaat daripada ilmu yang dikongsikan...

Tip Agar Terjaga daripada Godaan Syaitan 


  • Beristi'azah(memohon perlindungan Allah daripada godaaan syaitan) iaitu dengan membaca "اعوذ بالله من الشيطان الرجيم".
          Allah berfirman yang bermaksud, "Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan daripada   
         syaitan, maka mitalah pertolongan kepada Allah"(Surah al-A'raf 7:200)
  •  Membaca 3 Qul iaitu surah al-Ikhlas, al-Falaq dan al-Nas.
  • Membaca ayat Kursi sebelum tidur.
  • Membaca surah al-Baqarah. Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud,"Sesungguhnya syaitan lari dari rumah yang dibacakan surah al-Baqarah di dalamnya."(Riwayat Muslim)
  • Membaca dua ayat terakhir dari surah al-Baqarah setiap malam
  • Membaca zikir:
          "لا اله الله وحده لا شريك له, له الملك وله الحمد وهو على كل  شيء قدير" 
         
          Maksudnya : "Tiada tuhan melainkan Allah, tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya jua segala 
         kerajaan dan pujian, dan dia Maha Kuasa atas segala sesuatu"
  •  Banyak mengingati Allah(berzikir)
  • Berwudhuk dan melakukan solat
  • Menahan diri daripada melihat, berbicara, makan dan bergaul yang melampaui had dan batas kerana syaitan dapat menguasai manusia melalui empat perkara iaitu pandangan, ucapan, makanan dan pergaulan.
Sumber : Isham bin Muhammad al-Syarif, al-Jami' al-Sahih min Ahadith al-nisa'


0 comments:

Post a Comment