Saturday, August 7, 2010

Jom Bina Rumah di Syurga!

Kita sering mendengar ramai yang ingin memiliki sebuah rumah yang diidam2kan..rumah yang besar, cantik, selesa, dan sebagainya..tatkala kita sibuk memikirkan rumah idaman kita di dunia ini, pernahkah terlintas di benak fikiran kita untuk membina rumah di Syurga?!.....Tepuk dada tanya Iman...sama-sama kita muhasabah diri  untuk mengimbangi antara dunis dan akhirat...Bagaimanakah kita ingin membina rumah di Syurga?..


  •     Membina Masjid
 Diriwayatkan oleh Muslim bahawa Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:    "Sesiapa yang  membina masjid kerana Allah di dunia, maka Allah akan membina untuknya seperti itu di Akhirat"
Al-Marhum Syeikh Dr. Walied Al-Ani menjelaskan bahawa sesiapa yang berusaha membuat sumbangan untuk membina rumah ALLAH, atau apa sahaja yang membantu menghidupkan masjid seperti sumbangan untuk  kelab anak-anak, kelab wanita masjid, perpustakaan, pusat komputer dan sebagainya adalah termasuk dalam pengertian hadis ini.
  •      Amalkan membaca surah al-Ikhlas
 Daripada Mu'az bin Anas, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang membaca 'Qul huwallahu ahad' sepuluh kali, Allah bina baginya sebuah rumah di Syurga" (Majma' al-Zawa'id no 11535)
  • Mengucapkan lafaz hamdalah dan Istirja' semasa ditimpa musibah kepada anak, dibina bagi golongan ini rumah bernama Bait al-Hamd. (Riyad al-Salihin, jil.1,hlmn 362).
  • Merapatkan saf semasa solat.(Sahih al-Jami' no 1843)
  •  Mengamalkan solat sunat rawatib secara konsisten menurut Syeikh al-Albani berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Ummu Habibah binti Abu Sufyan (Riwayat al-Tarmizi no 415)
  •  Meninggalkan pertelingkahan, walaupun berada di pihak yang benar. (Sahih al-Targhib wa al-Tarhib 3/6)
  • Tidak Menipu walaupun sekadar untuk bergurau atau suka-suka. (Sahih al-Targhib wa al-Tarhib 3/6)
  • Mereka yang memasuki pasar dan membaca doa berikut :
         "لا أله الا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد يحيي ويميت وهو حي لا يموت بيده الخير وهو على كل شيء قدير"
          (Riwayat al -Tarmizi no 3428)


 Bukan itu sahaja, malah hiasialah rumah dengan pohon-pohon. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang membaca  سبحان الله والحمدلله ولا اله الله والله اكبر  Allah menanam bagi setiap satu daripadanya(zikir tersebut) pokok di syurga".(Riwayat Ibnu Majah no. 3807)


Disamping membina rumah di dunia, jangan lupa untuk membina rumah di Syurga...Semoga sama2 beroleh manfaat..Wallahualam...

Petikan dari ruangan muhasabah "Majalah Solusi Isu No 21"

1 comments:

  1. salam bushra...

    jemput ke http://raudhatulmardhiah.blogspot.com ^_^

    ReplyDelete