Saturday, July 31, 2010

Zikrullah.

Jom berzikir, semoga kita sama2 beroleh ketenangan...

ZIKIR TAKBIR

سبحان الله ولحمد لله و لا اله الا الله والله اكبر

"Maha Suci ALLAH dan segala pujian hanya untuk ALLAH dan tiada yang layak disembah melainkan ALLAH, dan ALLAH itu Maha Besar"
(Siapa menyebut zikir ini ditulis baginya 2o kebaikan dan dihapuskan darinya 20 kejahatan)

ZIKIR TASBIH

سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم

"Maha Suci Allah dengan segala kepujian-Nya. Maha Suci Allah yang Maha Agung"



ZIKIR HAUQOLAH

لا حول ولاقوة الا بالله

"Tidak ada upaya dan tiada kekuatan selain ALLAH"

ZIKIR TAQDIS

سبوح قدوس رب الملائكة والروح

"Maha Sempurna, Maha Suci, Tuhan Para Malaikat dan Roh"


ZIKIR HASBALAH

حسبي الله و نعم الوكيل

"Cukup Allah bagiku, dan Dialah sebaik-baik penjaga."
(Menurut Ibn Abbas, zikir ini diucapkan oleh Nabi Ibrahim a.s ketika dicampakkan ke dalam api)

ZIKIR SELEPAS SOLAT

الله أكبر سبحان الله والحمد لله ولا اله الا الله وحده لا شريك له ولا حول ولا قوة الا بالله

"ALLAH Maha Besar, Maha Suci ALLAH, dan segala pujian hanya untuk ALLAH, Tiada Tuhan yang disembah melainkan ALLAH yang tunggal dan tiada sekutu bagi-Nya. Tiada upaya dan tiada kekuatan melainkan ALLAH"

Sumber: Majalah Solusi Isu No 2
Ruangan Maqasid Syarie oleh Rohidzir Rais

0 comments:

Post a Comment