Wednesday, June 16, 2010

Kelebihan Bulan Rejab

Kelebihan Bulan Rejab

1)Sabda Nabi S.A.W : Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah
memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.

2)Sabda Nabi S.A.W : Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Syaaban Bulanku dan Bulan
Ramadhan bulan umatku.

3)Kemuliaan Rejab dengan malam Israk Mikhrajnya, Syaaban dengan malam Nisfunya
dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.

4)Puasa sehari pada bulan Rejab, mendapat syurga yang tertinggi(Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.



5)Puasa tiga pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang meghalang dia
ke neraka(Panjangnya setahun perjalanan).

6)Malam awal Rejab, mustajab doanya(dalam kitab Raudhoh Imam Nawawi).

7)Puasa empat hari pada bulan Rejab dia'fiatkan daripada bala dan daripada penyakit berbahaya dan daripada fitnah dajjal.

8)Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur. Puasa enam hari
pada bulan Rejab keluar daripada kubur bercahaya mukanya.

9)Puasa tujuh hari pada bulan Rejab ditutup tujuh pintu neraka.

10)Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka lapan pintu syurga.

11) Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu menyeru: tidak
ditolak dia masuk ke syurga.

12)Puasa sebuluh hari pada bulan Rejab, Allah jadikan bagi hamparan perhentian di
titi Siratalmustaqim pada tiap2 batu.

13)Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam
syurga, dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

14)Puasa 19 hari pada bulan Rejab dibina baginya sebuah mahligai dihadapan Nabi
Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.

15)Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu

16)Berkata Saidina Ali:
- Puasa Rejab 13 hari seperti puasa 3000 tahun.
- Puasa Rejab 14 hari seperti puasa 10000 tahun.
- Puasa Rejab 15 hari seperti puasa 100000 tahun.

17)Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari
Syurga.

18)Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta
ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa bulan Rejab wajib baginya :
• Diampunkan dosanya yang lalu.
• Dipeliharakan umurnya yang tinggal.
• Terlepas dari dahaga di hari qiamat.

19) Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya, seperti puasa sebulan
pahalanya.

20) Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan rejab hendaklah bersedekah
tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti.

21) Siapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan
kepadanya tiap sehelai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu
darjat, dihapus seribu kejahatan.

22) Tiap hari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti
ibadat seribu haji dan umrah. Dibina seribu mahligai, seribu bilik dan seribu
bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali, kerana keistimewaan
bulan Rejab, bulan Allah.

23)Barang siapa meminta ampun (beristighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali
atau 100 kali, pada bulan Rejab diharamkan tubuhnya daripada api neraka.

24)Sesiapa berpuasa pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya : " Telah wajib
hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggianKu dan
kebesaranKu, tiada aku tolakan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah ArasyKu,
engkau kekasihKu dari segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu.
Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antara engkau". ( Dari Kitab
RaudhatulIfkar).

25)Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa 60 bulan pahalanya. Jika disertai
dengan sedekah seperti puasa 1000 tahun. Kerana kebesaran hari Israk Mikraj.

Rejab bulan menabur benih
Syaaban bulan menyiram tanaman
Ramadhan bulan menuai

Rejab menyucikan badannya
Syaaban menyucikan hatinya.
Ramadhan menyucikan rohnya

Rejab bulan maghfirah (keampunan)
Syaaban bulan Syafaat.
Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.

Rejab bulan taubat
Syaaban bulan Muhibbah
Ramadhandilimpahi pahala amalan


Sumber: JAIS & e-Zakat.

0 comments:

Post a Comment