Mengenali isteri-isteri baginda Rasullah S.A.W. Berikut adalah senarai dan latarbelakang isteri-isteri Baginda s.a.w.
Nama | Latarbelakang |
Khadijah Binti Khuwailid | Berkahwin dengan Rasulullah s.a.w ketika berumur 40 tahun |
Sawdah binti Zam’ah | Berkahwin dengan Rasulullah s.a.w pada bulan Syawal tahun ke-10 kenabian. |
Sawdah | Adalah isteri sepupu sebelah bapanya yang bernama al-Sakran bin Amru. Sawdah bercerai mati dengan suaminya. |
Aisyah binti Abu Bakar al-Siddiq | Berkahwin dengan Rasulullah s.a.w pada bulan Syawal tahun ke-11 kenabian selepas setahun perkahwinan Baginda dengan Sawdah |
Hafsah Binti Umar bin al-Khattab | Berkahwin dengan Rasulullah s.a.w pada tahun 3 Hijrah. Menjadi janda setelah kematian suaminya Khunais bin Hudhafah semasa jarak masa antara perang Badar dan Uhud. |
Zainab bin Khuzaymah | Berkahwin dengan Rasulullah s.a.w pada tahun 4 Hijrah. Bekas isteri Abdullah bin Jahsy yang gugur syahid dalam perang Uhud. Beliau digelar Ummu al-Masakin(ibu yang miskin) kerana sikap penyayang dan kelembutannya terhadap orang miskin. Meninggal dunia atau tiga bulan selepas berkahwin dengan Rasulullah s.a.w |
Ummu Salamah Hindun binti Abu Umayyah | Berjahwin dengan Rasulullah s.a.w paa bulan Syawal 4 Hijrah |
Zainab Bin Jahsy Bin Riyab | Berkahwin dengan Rasulullah s.a.w pada bulan Zulkaedah 5 Hijrah. Anak ibu saudara Rasulullah sebelah bapa. |
Juwairiyyah binti al-Harith | Berkahwin dengan Rasulullah s.a.w pada bulan Syaaban 6 Hijrah. |
Ummu Habibah Ramlah binti Abu Sufiyan | Berkahwin dengan Rasulullah s.a.w pada bulan Muharam 7 Hijrah. Bekas isteri Ubaydullah bin Jahsy yang telah murtad dan memeluk agama Nasrani dan meninggal dunia di sana. |
Saffiyyah Binti Huyai bin Akhtab | Merupakan tawanan perang Khaybar: Rasullah s.a.w memerdekakannya serta mengahwininya setelah Khaybar Berjaya ditakhluk. |
Maymunah Binti al-Harith | Berkahwin dengan Rasullah s.a.w pada bulan Zulkaedah 7 Hijrah. Saudara perempuan Ummu al-Fadl Lubabah binti al Harith |
Sumber Majalah Solusi : Isu 20(Ruang iPods)
0 comments:
Post a Comment