Baru-baru ini, saya telah membaca satu artikel bertajuk "Apa Itu Bahagia?" daripada satu majalah agama terbitan Telaga Biru iaitu Majalah Solusi. Dalam artikel ini (Majalah Solusi Isu No.6), saya tertarik untuk berkongsi ilmu tentang "Kaedah Mencari Bahagia Menurut Al-Quran & Sunnah". Semoga kita sama2 dapat memanfaatkannya...
Terdapat 7 kaedah mencari Bahagia Mengikut AlQuran dan Sunnah iaitu:
1) BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH
"Sesiapa ynag beramal soleh baik laki-laki ataupun perempuandalam keadaan ia beriman, maka Kami akan memberikan kepadanya kehidupan yang baik dan Kami akan membalas mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka amalkan." (Surah al-Nahl:97)
Ibn 'Abbas r.a meriwayatkan bahawa segolongan ulama mentafsirkan bahawa kehidupan yang baik(dalam ayat ini) ialah rezeki yang halal dan baik(halalan tayyiban). Sayidina Ali pula mentafsirkannya dengan sifat qana'ah (merasa cukup). Ali bin Abi Thalhah dari Ibn 'Abbas, meriwayatkan bahawa kehidupan yang baik itu kebahagiaan.
2) BANYAK MNGINGATI ALLAH
Dengan berzikir kita akan mendapat kelapangan dang ketenangan sekaligus bebas dari rasa gelisah dan gundah gulana. Firman Allah:"Ketahuilah dengan mengingati(berzikir) kepada Allah akan tenang hati itu." (Surah ar-Ra'd: 28)
3) BERSANDAR KEPADA ALLAH
Dengan cara ini seseorang akan memiliki kekuatan jiwa dan tidak mudah putus asa dan kecewa. Allah berfirman, bermaksud "Sesiapa yang bertawakal pada Allah, Allah akan mecukupinya" (Surah at-Thalaq: 3)
4) SENTIASA MENCARI PELUANG BERBUAT BAIK
Berbuat baik kepada makhluk dalam bentuk ucapan mahupun perbuatan dengan ikhlas dan mengharapkan pahala daripada Allah akan memberi ketenangan hati.
Firman-Nya, bermaksud :"Tidak ada kebaikan dalam kebanyakkan bisikan-bisikan mereka kecuali bisikan-bisikan daripada orang menyuruh(manusia) untuk bersedekah atau berbuat kebaikan dan ketaatan atau memperbaiki hubungan antara manusia. Barang siapa melakukan hal itu kerana menngharapkan keredhaan Allah, nescaya kelak Kami akan berikan padanya pahala yang besar."(Surah an-Nisa': 114)
5) TIDAK PANJANG ANGAN-ANGAN TENTANG MASA DEPAN DAN TIDAK MERATAPI MASA SILAM
Fikir tetapi jangan khuatir. Jangan banyak berangan-angan terhadap masa depan yang belum pasti. Ini akan menimbulkan rasa gelisah oleh kesukaran yang belum tentu datang. Juga tidak terus meratapi kegagalan dan kepahitan masa lalu kerana apa yang telah berlalu tidak mungkin dapat dikembalikan semula. Rasulullah s.a.w besabda: "Bersemangatlah untuk memperolehi apa yang bermanfaaat bagimu dan mita tolonglah kepada Allah dan janganlah lemah. Bila menimpamu sesuatu(dari perkara yang tidak disukai) janganlah engkau berkata: "Seandainya aku lakukan ini nescaya aku akan begini dan begitu," akan tetapi katakanlah: "Allah telah menetapkan dan apa yang Dia inginkan Dia akan lakukan," kerana sesungguhnya kalimat 'seandainya' itu membuka amalan syaitan." (Riwayat Muslim)
6) MELIHAT "KELEBIHAN" BUKAN KEKURANGAN DIRI
Lihatlah orang di bawah dari segi kehidupan dunia, misalnya dalam kurniaan rezeki kerana dengan begitu kita tidak akan meremehkan nikmat Allah yang diberikan Allah kepada kita. Rasulullah s.a.w besabda:
"Lihatlah orang yang di bawah kamu dan janganlah melihat orang yang di atas kamu kerana dengan (melihat ke bawah) lebih mudah untuk kamu tidak meremehkan nikmat Allah yang dilimpahkanNya kepada Kamu." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
7) JANGAN MENGHARAP UCAPAN TERIMA KASIH MANUSIA.
Ketika melakukan sesuatu kebaikan, jangan mengharap ucapan terima kasih ataupun balasan manusia. Berharaplah hanya kepada Allah. Kata bijak pandai, jangan mengharapkan ucapan terima kasih kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Malah ada antara hukama berkata, "Sekiranya kita mengharapkan ucapan terima kasih daripada mausia, nescaya kita akan menjadi orang yang sakit jiwa!"
Firman Allah: "Sesungguhnya kami membri makan kepada kamu hanyalah kerana Allah semata-mata,kami tidak berkehendakkan sebarang balasan daripada kamu atau ucapan terima kasih." (Surah al-Insan: 9)
Sumber : Majalah Solusi Isu No.6
Thursday, May 13, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment