Sunday, September 5, 2010

ORANG yang Dicintai ALLAH s.w.t

Assalamualikum w.b.t...

Cepat Sungguh masa berlalu..sedar x sedar kita sudah memasuki fasa terakhir bulan Ramadhan, yakni 10 terakhir Ramadhan...Rasa sayu dan sedih bila mengenangkan  Ramadhan akan meninggalkan kita...Bagaimanakah dengan amalan kita...Tepuk dada tanya Iman..Moga Allah panjangkan umur kita semua dan berkesempatan untuk bertemu Ramadhan yg akan datang..Di bulan yang mulia ini dan dikesmpatan ruang masa yang dianugerahkan Allah, saya ingin berkonsi ilmu yang sy perolehi daripada bacaan sebuah majalah...Moga kita sama2 beroleh manfaat daripadanya....Di ruangan ini, sya ingin berkongsi  tentang "Siapakah ORANG yang ALLAH Cintai"..

Saturday, August 7, 2010

Jom Bina Rumah di Syurga!

Kita sering mendengar ramai yang ingin memiliki sebuah rumah yang diidam2kan..rumah yang besar, cantik, selesa, dan sebagainya..tatkala kita sibuk memikirkan rumah idaman kita di dunia ini, pernahkah terlintas di benak fikiran kita untuk membina rumah di Syurga?!.....Tepuk dada tanya Iman...sama-sama kita muhasabah diri  untuk mengimbangi antara dunis dan akhirat...Bagaimanakah kita ingin membina rumah di Syurga?..

TIP AGAR TERJAGA DARIPADA GODAAN SYAITAN


Setelah sekian lama tidak berkesempatan mengemaskini blog berikutan kekangan masa,di kesempatan masa yang ada  pada malam ini sya ingin berkongsi ilmu yang diperolehi hasil bacaan saya dari 'Majalah Solusi isu 21' ruangan Maqasid Syarie iaitu "Tip agar Terjaga daripada Godaaan Syaitan"..Syaitan akan sentiasa menggoda manusia supaya melakukan perkara2 yang dilarang oleh Allah s.w.t..Oleh itu, untuk menjaga diri kita daripada digoda oleh syaitan, sama2lah kita mendekatkan diri kepada Allah s.w.t..InsyaAllah, moga kita sama2 beroleh manfaat daripada ilmu yang dikongsikan...

Tip Agar Terjaga daripada Godaan Syaitan 

Saturday, July 31, 2010

Zikrullah.

Jom berzikir, semoga kita sama2 beroleh ketenangan...

ZIKIR TAKBIR

سبحان الله ولحمد لله و لا اله الا الله والله اكبر

"Maha Suci ALLAH dan segala pujian hanya untuk ALLAH dan tiada yang layak disembah melainkan ALLAH, dan ALLAH itu Maha Besar"
(Siapa menyebut zikir ini ditulis baginya 2o kebaikan dan dihapuskan darinya 20 kejahatan)

ZIKIR TASBIH

سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم

"Maha Suci Allah dengan segala kepujian-Nya. Maha Suci Allah yang Maha Agung"

Saturday, June 19, 2010

Dialog 2 Hala Dalam Al-Fatihah

Apabila seorang hamba berkata : "Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang."
"بسم الله الرحمن الرحيم"

ALLAH menjawab : "Hamba-Ku telah mengingatii-Ku"

Apabila seorang hamba berkata : "Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam.."
ALLAH menjawab :"Hamba-Ku telah memuji-Ku."

Apabila seorang hamba berkata : "Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"
ALLAH menjawab :"Hamba-Ku telah Mengagungkan-Ku."

Apabila seorang hamba berkata : "Raja yang menguasai hari pembalasan"
ALLAH menjawab :"Hamba-Ku telah memuliakani-Ku."

Apabila seorang hamba berkata : "Hanya kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan"
ALLAH menjawab :"Ayat ini antara Aku dan hamba-Ku, dan hamba-Ku berhak atas apa yang ia minta."

Apabila seorang hamba berkata : "Tunjukilah kepada aku jalan yang lurus, jalan orang yang telah Engkau beri nikmat, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan pula jalan orang yang sesat"
ALLAH menjawab :"Ini semua untuk hamba-Ku dan hamba-Ku berhak atas apa yang ia minta"

Dari Tafsir al-Kabir oleh Imam al-Fakhru al-Razi juz 1 hlmn.270
Sumber: Majalah Solusi Isu No.7 - Inilah Jalan Yang Lurus

Wednesday, June 16, 2010

Kelebihan Bulan Rejab

Kelebihan Bulan Rejab

1)Sabda Nabi S.A.W : Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah
memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.

2)Sabda Nabi S.A.W : Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Syaaban Bulanku dan Bulan
Ramadhan bulan umatku.

3)Kemuliaan Rejab dengan malam Israk Mikhrajnya, Syaaban dengan malam Nisfunya
dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.

4)Puasa sehari pada bulan Rejab, mendapat syurga yang tertinggi(Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

Sunday, June 6, 2010

Isteri-Isteri Baginda Rasulullah S.A.W

Mengenali isteri-isteri baginda Rasullah S.A.W. Berikut adalah senarai dan latarbelakang isteri-isteri Baginda s.a.w. 

Nama
Latarbelakang


Khadijah Binti Khuwailid
Berkahwin dengan Rasulullah s.a.w ketika berumur 40 tahun
Sawdah binti Zam’ah
Berkahwin dengan Rasulullah s.a.w  pada bulan Syawal tahun ke-10 kenabian.
Sawdah
Adalah isteri sepupu sebelah bapanya yang bernama al-Sakran bin Amru. Sawdah bercerai mati dengan suaminya.
Aisyah binti Abu Bakar al-Siddiq
Berkahwin dengan Rasulullah s.a.w pada bulan Syawal tahun ke-11 kenabian selepas setahun perkahwinan Baginda dengan Sawdah
Hafsah Binti Umar bin al-Khattab
Berkahwin dengan Rasulullah s.a.w pada tahun 3 Hijrah.  Menjadi janda setelah kematian suaminya Khunais bin Hudhafah semasa jarak masa antara perang Badar dan Uhud.
Zainab bin Khuzaymah
Berkahwin dengan Rasulullah s.a.w pada tahun 4 Hijrah. Bekas isteri Abdullah bin Jahsy yang gugur syahid dalam perang Uhud. Beliau digelar Ummu al-Masakin(ibu yang miskin) kerana sikap penyayang dan kelembutannya terhadap orang miskin. Meninggal dunia atau tiga bulan selepas berkahwin dengan Rasulullah s.a.w
Ummu Salamah Hindun binti Abu Umayyah
Berjahwin dengan Rasulullah s.a.w paa bulan Syawal 4 Hijrah
Zainab Bin Jahsy Bin Riyab
Berkahwin dengan Rasulullah s.a.w pada bulan Zulkaedah 5 Hijrah. Anak ibu saudara Rasulullah sebelah bapa.
Juwairiyyah binti al-Harith
Berkahwin dengan Rasulullah s.a.w pada bulan Syaaban 6 Hijrah.
Ummu Habibah Ramlah binti Abu Sufiyan
Berkahwin dengan Rasulullah s.a.w pada bulan Muharam 7 Hijrah. Bekas isteri Ubaydullah  bin Jahsy yang telah murtad dan memeluk agama Nasrani dan meninggal dunia di sana.
Saffiyyah Binti Huyai bin Akhtab
Merupakan tawanan perang Khaybar: Rasullah s.a.w memerdekakannya serta mengahwininya setelah Khaybar Berjaya ditakhluk.
Maymunah Binti al-Harith
Berkahwin dengan Rasullah s.a.w pada bulan Zulkaedah 7 Hijrah. Saudara perempuan Ummu al-Fadl Lubabah binti al Harith


Sumber Majalah Solusi : Isu 20(Ruang iPods)